Tuesday, 20 September 2011

Wednesday, 3 August 2011

Ramadhan Tiba Lagi


Wednesday, 8 June 2011

Kenangan Majlis Makan Amal Sempena Sambutan Jubli Perak

Sempena Ulangtahun ke-25 wujudnya sekolah ini, Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Sri Tebrau telah mengadakan Majlis Makan Amal Sempena Jubli Perak (25 tahun) pada 8 Mac 2009 bertempat di 'Straits Garden Restaurant' Johor Bahru. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada guru-guru yang banyak membantu dan memeriahkan majlis dengan persembahan yang amat menarik dari mereka. Jasamu amat dikenang.


Berikut disertakan pautan untuk gambar dan perjalanan program, serta sedutan video untuk tatapan pengunjung.




Saturday, 14 May 2011

Sejarah SMK Sri Tebrau



Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tebrau terletak di Jalan Rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984. Sekolah ini telah diterajui oleh beberapa orang pengetua. Pengetua sekarang ialah Pn. Hajah Habibah Binti Dol yang telah mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 Ogos 2011.
Sekolah ini mempunyai keluasan 8 ekar dan pada tahun 1984 hanya mempunyai tiga buah blok yang mengandungi 10 bilik, 2 bilik ERT, 3 makmal sains, sebuah blok seni perusahaan, kantin dan padang untuk trek 200 meter yang boleh memuatkan sebuah padang bola sepak.Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Ahmad Bin Aiman. Beliau berkhidmat sehingga 1985.
SMK Sri Tebrau terletak di Jalan rentaka, Taman Sri Tebrau, Johor Bahru. Sekolah ini meliputi  kawasan seluas 8.114 ekar.Pada peringkat awal, SMK Sri Tebrau mempunyai 5 blok bangunan. Blok pertama menempatkan Bengkel Kemahiran Hidup. Blok kedua (A), ketiga (B) dan keempat (C) menempatkan 10 bilik Darjah, 2 bilik SRT dan 3 Makmal Sains. Blok kelima ialah kantin. Bilangan pelajar pada peringkat awal penubuhan SMK Sri Tebrau ialah 453 orang. Bilangan guru pula ialah 17 orang.

Manakala bilangan kakitangan ialah 9 orang.  Pelajar pelajar yang bersekolah di SMK Sri Tebrau rata-ratanya dari Taman Sri Tebrau, Taman Century, Taman Pelangi, Taman Sentosa, Taman Johor Jaya, Taman Melodies, Taman Permas Jaya, Taman Daya, Kebuh Teh, Kampung Bakar Batu, Plentong, Kampung Majidee dan Karnpung Pandan.  Dari setahun ke setahun prasarana SMK Sri Tebrau semakin bertambah. Pada 1986 astaka telah dibina. Seterusnya, diikuti pembinaan 1 blok (dikenali Blok D) yang menempatkan 3 bilik makmal sains tulen dan bilik darjah pada 1987. Pada 1988, sebuah gelanggang serbaguna telah dibina.

Pada 1990, satu blok (dikenali Blok E) telah dibina. Blok ini menempatkan 8 bilik darjah. Rotary Club, di bawah kelolaan Kelab Interact telah membiayai pembinaan sebuah tampat menunggu bas di Jalan Cokmar pada 1992. Pada tahun ini juga Dewan Terbuka telah dibina hasil sumbangan kewangari oleh PIBG dan sumbangan tenaga daripada anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kem Majidee. Antara Kemudahan-kemudahan lain yang turut dibina pada tahun ini ialah Pancuran Air taman Sains hasil sumbangan PIBG dengan bantuan tenaga pekerja dan pelajar SMKST. Hari sumbangan PIBG, sebuah bilik persalinan pakaian pendidikan jasmani untuk pelajar lelaki dan perempuan serta guru turut dibina pada tahun ini.

Pada 1994, satu blok (dikenali Blok F) yang menempatkan 3 bilik darjah telah dibina. Pembinaan blok ini hasil sumbangan PIBG dan sumbangan tenaga daripada Anggota Rejimen Askar Melayu Diraja Batalion 15, Kem Majidee. Hasil pungutan Jogathon, sumbangan PIBG dan sumbangan VIP YB Haji Mohammed Khaled b. Nordin serta sumbangan Rotary Club Tebrau, Dewan Serbaguna telah dibina pada 1995.

Pada 1996, tembok dan pagar sekolah telah diubah suai. Taman Koperasi telah dibina pada 1997. Sudut Bacaan pula diwujukan hasil daripada pengubahsuaian Dewan Terbuka pada tahun tersebut.
SMK Sri Tebrau semakin berubah wajah menjelang 1999. Prasarana -prasarana baru semakin bertambah. Laluan-laluan berbumbung yang menghubungkan blok kantin dengan pagar B dan Astaka dengan Dewan Serbaguna telah dibina. Yang terkini ialah pembinaan sebuah perpustakaan baru di Dewan Terbuka yang sebelum ini diubah suai menjadi Sudut Bacaan.

Wednesday, 13 April 2011

Selamat Datang Ke Laman Web PIBG SMK Sri Tebrau


Laman web ini adalah untuk kegunaan warga PIBG SMK Skudai atau warga setempat untuk memberi idea-idea membina atau pendapat bernas untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar sekolah ini.  Sumbangan anda amat kami alu-alukan.
PIBG SMK Skudai ditubuhkan mengikut Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa – Guru) 1998 [Sub peraturan 7(2)] Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dan berperanan sebagai pengantara diantara pihak ibubapa atau warga setempat dengan pihak sekolah khusus untuk meningkatkan kualiti pendidikan demi kecemerlangan setiap pelajar SMK Sri Tebrau.

Terima kasih.
“PIBG PENGGERAK KECEMERLANGAN SEKOLAH”
Yang Di Pertua PIBG, SMK Sri Tebrau