Prakata

Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.


Ucapan terima kasih khusus kepada ibubapa /penjaga dan guru-guru kerana sentiasa memberi sokongan dan kerjasama padu kepada PIBG dalam merencana dan melaksanakan setiap aktiviti. Terima kasih juga kepada Pengetua SMK Sri Tebrau, Puan Hjh Habibah binti Dol yang memberi galakan dan nasihat berharga untuk PIBG. Saya menyeru agar kita sama-sama memahami dan memainkan peranan masing-masing dalam mendidik anak-anak kita supaya cemerlang dan terbilang melalui sekolah ini.


Laman web ini bertujuan memaparkan aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG khususnya yang melibatkan ibubapa. Ibubapa digalak memberi idea bernas serta pandangan kepada PIBG untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar sejajar dengan aspirasi Negara melalui saluran komunikasi yang telah disediakan.


Melalui pendidikan berkualiti sahaja yang dapat menjamin masa depan anak-anak kita. Pendidikan di sekolah bukan sekadar memberi ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi aspek kerohanian, emosi dan jasmani. Pihak sekolah terpaksa merangka program-program khas untuk melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis. Kerjasama ibubapa diharapkan dalam memastikan anak-anak terlibat secara aktif dalam program-program yang dijalankan oleh pihak sekolah. Sumbangan ibubapa yang telah diterima digunakan sebaik mungkin untuk membantu pihak sekolah menjayakan program berkenaan.


Saya berharap semoga sokongan padu ahli-ahli PIBG SMK Sri Tebrau akan berterusan dan mendapat maklum balas positif daripada semua pihak demi kecemerlangan anak-anak kita di sekolah ini.


Sekian, terima kasih.
MICHAEL TAY CHEE BOON
Yang Di Pertua
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG)
SMK Sri Tebrau
Sesi Persekolahan 2011 – 2012